Friday 21 December 2012

Tips ajar si manja buang air tanpa (pempers) lampin pakai buang




Kebanyakan ibu2 di luar sana pening memikirkan bila masa nya si manja perlu berhenti memakai pempers, setahun, 2 tahun, 3 tahun? atau pun sampai sekolah baru benti pakai?

ni juga adalah dari tips ibu mertua ku.. hehe.. anak pertama ku banyak di bantu beliau dalam mengajar si manja ku buang air di bilik air.. 

seawal umur setahun 8 bulan, si manja ku dah diajar buang air di bilik air, dalam minggu pertama dan kedua, saya tidak memakaikan si manja saya dengan pempers.. setiap 1 jam saya akan bertanya pada anak saya sama ada dia nak buang air atau tidak, dengan bahasa yang mudah si manja faham. 

sejam sekali 
aturkan si manja ke bilik air setiap 1 jam ke 2 jam. sebaiknya selepas si manja minum susu atau makan. untuk permulaan si manja memang susah nak mengerti, kekadang bila kita tanya, dia akan menggeleng, tapi dalam masa yang sama si manja da terkucil dalam seluar, hehe.. paling afdal kita buka kan seluar si manja, suruh si manja duduk dalam bilik air hinggala manja kita ni buang air. kita bantu dengan bahasa yang si manja mudah faham.

Minta Bantuan Pengasuh

jika kita bekerja, boleh minta pengasuh untuk kawal si manja seperti yang kita buat. Juga bole di ajar dalam waktu cuti, sejam sekali kita aturkan si manja, sehari pun kita da ada 24 jam kan..

Waktu malam 

waktu malam juga pun cara nya sama, setengah jam selepas si manja minum susu, bawa si manja ke bilik air. tengah malam juga begitu, saya akan bangun tengah malam 2 pagi sekali, jam 3 atau 4 pagi sekali, dukung si manja ke bilik air, dan cangkungkan dan bantu simanja. 

Menangis

Percaya la, pada pendapat saya, anak selalu menangis malam ketika tidur tu di sebabkan si manja terkucil dlm pempers yang membuatkan si manja tidak selesa, kekadang kita sendiri mamai, bila si manja menangis waktu malam kita beri dia minum susu lagi kan.. biasala dalam proses training 2 minggu tu, si manja akan menangis bila di kejutkan waktu malam, kesian memang kesian, tapi itu hanyalah untuk beberapa hari untuk kita training si manja. selepas itu insyaallah, si manja akan training diri beliau sendiri.

Disiplin 

Disiplin yang kuat juga perlu ada pada ibu untuk mengajar anak di usia sebegini. lepas 3, ke 4 hari, si manja akan menangis masa tidur itu kita perlu ambil berat, selalu nya ada 2 sebab je, nak buang air atau nak menyusu. jadi kita perlu aturkan, bawak si manja ke bilik air, ibu perlu tunggu simanja 10 ke 15 minit. untuk proses si manja membuang air. 

Alhamdulillah kita akan nampak hasilnya selepas 2 minggu. dalam masa praktikal 2 minggu tu biasalah jika simanja akan terkucil di merata2 tempat, just kita cuma mengingatkan dia kalau nak buang air atau nak 'uk 'uk'. masuk dalam bilik air, tunjuk si manja arah bilik air.
Lama kelamaan si manja akan faham. 


Pengalaman saya, anak saya ke empat-empat di aturkan seawal 2 tahun, dalam usia tak sampai 3 tahun, anak-anak saya tidak memakai lampin pakai buang lagi. malah malam pun tidak terbuang air atas katil. dan sangat jarang bangun tengah malam untuk membuang air,atau minta susu alhamdulillah. 
sharing is sharing.  

Wednesday 19 December 2012

Tips penyusuan badan untuk ibu2 bekerja



Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Kasih sayang seorang ibu

Wanita zaman sekarang adalah wanita yang bekerjaya di mana wanita perlu bekerja untk membantu suami dalam perbelanjaan hariankan.. dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.

Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Tentu susah jika si ibu terpaksa mengambil masa ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda? ianya juga akan mengganggu prestasi dan tugasan harian si ibu.

• Ape yang perlu si ibu buat ialah memberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik.
Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.

Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Untuk isu yang akan datang, kita akan melihat tentang kebimbangan ibu menyusu badan yang bekerja SEMASA sedang bekerja, dan BAGAIMANA mereka boleh memerah, menyimpan dan menyahbeku susu untuk bayi mereka.

sumber : positive parenting

Saturday 15 December 2012

Idamkan Kulit Cantik, Berseri, Mulus dan Gebu Tanpa Make-Up? Supplementkan Diri Anda!


Salam kengkawan.. idamkan kulit muka yang natural, berseri tanpa make up, natural beauty. tak ramai dari kita yang bole keluar rumah tanpa bermake-up kan..

kita kongsi petang ni, ramai customer saya berpuas hati dengan  vitamin2 yang di cadangkan, dan mengambil masa dlam 3 minggu sahaja.. jika sebelom ni kulit kusam jika tidak tempek bedak, kini tak perlu make up pun keluar rumah.. korang x caya? kita tgk testimoni di bawah.. glamour gitu



cantikkan. asli tanpa make up.. ape yang kawan kita ni amalkan ialah Set D, apa yang ada dlam set D ni yerk? meh kita tgk.. 

* Vitamin B - kelihatan kulit kita akan glowing dan cantik berseri
* Vitamin C - yang mengandungi colagen, kita sedia maklum collagen bagus untuk kulit, lebih   halus dan                   
                      lembut
* Vitamin E - Vitamin paling penting dalam kecantikan kulit, memperbaiki struktur kulit yang kusam, 
                  - mengatasi kulit jeragat, jerawat, berminyak dan kering., juga bole mengurangkan parut di kulit 
* ESP        - saya galakkan juga mengambil ESP ni sebab dia mengandungi protein soya yang bertindak            
                    lebih cepat untuk menghasilkan sel2 baru kulit kita.
            
Kulit kita akan cantik berseri dengan mengamalkan set ni. kerana dia merawat sel2 kulit kita dari dalam, bila sel kulit kita sihat, kulit kita pun akan cantik berseri. siapa x nak cantik kan? 

untuk mencuba produk ini boleh menghubungi saya di:

call / whatsup : 0176107605
E-mail : azswatie4dh@gmail.com
add FB saya : Suhana Izawati
KLIK LIKE di fan page saya : NurDStrategic untuk mendapatkan diskaun hebat dan INFO PERCUMA

 Konsultansi percuma untuk customer saya

** Penafian : segala testimoni di dlam blog ini bukan bertujuan merawat mencegah, mendiagnos atau dapat menyembuhkan segala penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dengan doktor atau pakar kesihatan.. 












Kek Gula hangus cara paling mudah

Apa kata hari cuti2 ni kita kongsi resepi pulok... minggu lepas su baru dok belajar wat kek dengan menggunakan periuk ajaib ni, cookline.. senang, mudah dan cepat.. siap beli lagi 1 set.. senang..





                               set periuk cookline berminat PM su k. /fb Suhana Izawati


BAHAN A:

2 cawan gula
2 cawan air suam,
hanguskan gula sehingga merah berbuih dan masukkan air
Gunakan periuk Cooklinen set C,

BAHAN B

1 cawan susu lemak manis
125 gm marjerin
Masukkan keduanya ke dalam air gula yang manis panas dan kacau

BAHAN C

2 cawan tepung gandum,
1 sudu makan soda bikarbonat
Diayak bersama sehingga 3x

BAHAN D

8 biji telur
Di pukul seperti telur dadar

CARA MEMBUAT

- Masukkan bahan D ke dalam Bahan A yang telah sejuk

- Masukkan tepung dan air gula sesenduk dan kacau supaya bancuhan tidak bergetel di dalam periuk set B.

- Tutupkan Periuk dan letakkan di atas dapur gas dengan menggunakan api yang paling perlahan.

- Selepas 30 minit, padamkan api dan biarkan selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan, bole tambah topping    
   ikut kesukaan masing2..

tak tau mana nak cari periuk ni klik cookline.. kenapa harus pilih periuk cookline. lihat dibawah..

Berminat sila like fanpage su ye.. tq





Sunday 9 December 2012

HAMIL? MEH TENGOK KEPERLUAN IBU HAMIL


Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya seandainya ia adalah kehamilan yang pertama. Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai yang perlu dimakan semasa hamil supaya kita lebih sihat dan bayi di dalam kandungan juga membesar dengan sihat.

 


Kami menyediakan set lengkap untuk keperluan ibu hamil yang terdiri dari
Set J /Eu four Pack (Untuk 1st trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix


Bagaimana pengambilan Set Kehamilan Shaklee dapat membantu?
Jom lihat fungsinya satu persatu.
Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokusemosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Jom kita kongsikan kegembiraan ibu-ibu yang mengambil set kehamilan kami..
Testimoni 1  
Berminat hubungi kami 0176107605 add fb saya www.facebook.com/suhana.izawati
jangan lupa Like fanpage saya NurDStrategicEnterprise
HARGA BEST MENANTI ANDA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...