Saturday 2 March 2013

Keajaiban Rezeki Keajaiban Otak Kanan

Assalammualaikum!! lama da saya tidak dapat Update blog ni.. Arini baru bekesempatan untuk mencari fakta dan dapat di kongsikan bersama, juga idea dari apa yang berlaku di sekeliling saya sepanjang bulan february lepas..

Baru-baru ni saya terbaca buku yang bertajuk Keajaiban Rezeki Keajaiban Otak Kanan.. tulisan dalam buku ini memang sukar sikit nak difahami, tapi boleh la saya berkongsi di ruangan ni..




8 Cara Mengubah Takdir

Suatu kesempatan, orang kaya bertanya kepada orang miskin... " Tak bersedekah bang?" 
"tak Nak ah! Takut kurang, takut miskin!"
"Takut miskin? Macamlah pernah kaya!" 
"Jangan menyindir ya!"  
"Bang, saya nasihat nih! Sebenarnya, orang miskin juga perlu BERSEDEKAH (QS.65: 7) . Bilal saja pernah disuruh nabi bersedekah. Supaya rezekinya bertambah, nasibnya Berubah."

"Ah, banyak orang kaya yang tidak bahagia."
"Iya, Bang. cuma lebih banyak lagi orang miskin yang tidak bahagia."
"Jangan salah! Walaupun miskin saya tidak pernah sombong."
"La itukan wajar."
"Ralat. Maksudnya walaupun miskin saya tidak pernah bohong. Selalu jujur." 
"Nah jujurnya saja diteruskan. Miskinnya jangan diteruskan."
"Tapi, miskin itu kan takdir."
"Siapa kata? kalau  umar masih hidup, pasti Abang sudah dibentak oleh Umar! Begini saja. Daripada mencari pelbagai alasan, baik Abang baca dulu buku keajaiban Rezeki, Keajaiban Otak Kanan."

Dulu, Robert Kiyosaki pernah mengatakan sebuah perumpamaan kuno, " Jangan mengajar babi menyanyi. Itu hanya membuang waktu anda dan itu membuat babi terganggu." Maksudnya, jangan memberikan motivasi kaya kepada orang yang tidak ingin kaya. Kami percaya, perumpamaan Robert Kiyosaki tadi bukan untuk anda. Kami juga percaya, anda tidak akan merasa terganggu dengan motivasi kaya seperti ini.

Jarang orang sedar bahawa sekitar 5% penduduk dunia menguasai 80% kekayaan dunia. Apakah itu kebetulan? Apakah itu takdir? Hm, ramai orang yang bekeras bahawa kaya atau miskin itu adalah takdir. Padahal,...

Telah diulas dan dikupas sebelumnya, pada dasarnya dia hanya memberikan kekayaan dan kecukupan. Dia tidak pernah memberikan kemiskinan. Ketika kalah dalam sebuah perang, Nabi segera muhasabah diri dan membetulkan pasukan perangnya. Bukannya mencari-cari alasan dan menyalah-nyalahkan takdir, sebagaimana perangai orang yang kecundang. (Sebahagian kita, sudahlah kecundang, lagi banyak alasan!). Kekalahan itu buah dari DOA, IBADAH dan IKHTIAR MANUSIA.
Demikian jugalah kemiskinan. Itu buah dari doa, ibadah, dan ikhtiar manusia. Jadi kaya atau Miskin itu adalah pilihan, bukan takdir. Kebanyakan manusia berkeinginan menjadi kaya dalam perniagaan, tapi tidak ada usaha untuk  menuju kekayaan dalam perniagaan. mengharapkan perniagaan itu berjalan sendiri tanpa pengurusan, doa, ibadah, dan ikhtiar.

Nasib berbeza dengan takdir. Bicara soal takdir, rupa-rupanya takdir masih boleh diubah. Logiknya begini.

Allah-lah yang menetapkan takdir, right?
Nah sekiranya dia mahu, agak-agak adakah dia boleh mengubah takdir? 
Yah, pasti boleh! Kan Dia itu Maha Berkehendak! 
Yah! pasti boleh! Kan Dia itu Maha Berkuasa!
Pastilah Dia Boleh mengubah segala sesuatu, termasuk takdir, right? Di mana dia dapat meneruskan ketetapan itu, mengubahnya, atau menghapusnya (QS. 13:39)


Inilah pesan Nabi dan dengarlah baik-baik:
"Silaturahim dapat menambah umur dan sedekah dapat mengubah takdir mubram." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

" Tidak ada dapat menolak takdir Allah, selain doa. Dan tidak ada yang dapat menambah umur seseorang, selain (perbuatan) kebaikan." (HR Tirmidzi)

Ringkasnya, apabila dia telah berkenan, maka takdir pun masih boleh diubah dengan trilogi doa, ibadah, dan iktiar. Yah! terjawablah sudah!
BErhentilah menyalah-nyalahkan nasib, takdir, dan Allah. Berhentilah menyalah-nyalahkan keburukan pemerintah, sistem pendidikan, latar belakang keluarga, atau siapapun.
Sikecundang menganggap orang lainlah yang mesti bertanggungjawab atas kehidupannya. 
Si pemenang,  sebaliknya, menganggap dirinya yang mesti bertanggung-jawab atas kehidupannya.
Ketahuilah, Anda adalah tanggungjawab atas kehidupan Anda. Termasuk atas kekayaan anda atau kemiskinan anda, setuju?

Kalau begitu, apakah lapan cara mengubah takdir itu? 
Catatlah, ini jawapannya..
Pertama, YAKIN.
Kedua, YAKIN.
Ketiga, YAKIN.
Keempat, YAKIN
Kelima, YAKIN
Keenam, YAKIN
Ketujuh, YAKIN
Kelapan, barulah gabungkan tiga ini, doa, ibadah, dan ikhtiar.

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya, "ketika manusia mati kelak maka terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara: ilmu yang bermanfaat, anak yang solih, dan sedekah amal jariah..."

Kesan berganda itu disebutkan dalam al-Quran, seperti ayat 261 dan ayat 265 Surah Al-Baqarah Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari reda Allah, dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, makan kebun itu, menghasilkan buah-buahan dua kali lipat (ganda). Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun ( pun memadai). Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan..

wallahuaklam 

akan datang kita lihat pulak 8 jalan Menuju Kelimpahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...